Tuesday, 15 November 2011
Bintang
Bintang-bintang hanya kelihatan pada malam yang gelap. Pada waktu siang bintang-bintang juga bersinar, tetapi cahaya Matahari yang menyilau menghalang anda dari melihatnya. Setiap malam Bumi di bahagian anda berputar jauh dari Matahari. Ketika itu, bintang-bintang berkerlipan di langit. Apakah titik-titik cahaya cahaya ini?
Dahulu manusia berpendapat bintang-bintang ialah tanglung yang tergantung di langit. Bintang-bintang adalah gas bebola membara yang sangat besar. Bintang-bintang seperti Matahari, tetapi kelihatan lebih kecil dan kelam terlalu jauh.
Pada malam yang gelap dan cerah, kira-kira 2000 bintang boleh dilihat dengan mata kasar. Beribu-ribu lagi dapat dilihat jika binokular digunakan. Ada bintang-bintang yang kelihatan seperti membentuk corak . corak atau kumpulan bintang ini dipanggil buruj. Bentuk-bentuk itu mengingatkan kita kepada pelbagai benda. Banyak corak yang diberi nama haiwan , misalnya, 'Taurus' (Lembu Jantan) dan 'Leo' (Singa). Crux atau Silang Selatan kelihatan di selatan dunia. Bintang Biduk dikenali di langit utara. Ia kelihatan seperti kuali leper. Ia sebahagian daripada buruj Ursa Major.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment