Blogger Templates

Monday, 12 December 2011

Bintang Dan Buruj / Stars and Constellations






























BURUJ adalah sekumpulan BINTANG yang membentuk corak tertentu di langit.
Apabila garis-gsris gambaran dilukis untuk menyambungkan sekumpulan bintang tertentu, yang cerah dilangit, corak-corak tertentu terhasil.
Buruj BIDUK (URSA MAJOR) di Kutub Utara dan Buruj PARI (SOUTHERN CROSS)di Kutub Selatan merupkan sekumpulan bintang yang cerah dan dapat dilihat sepanjang tahun.
Pada zaman dahulu, buruj digunakan sebagai KOMPAS dan KALENDAR
Stars and constellationsThe SUN is the closest star to the Earth.
The distance between the stars and the Earth is measured in light years.
The hottest stars are blue in colour while the coolest stars are red.
A STAR is a natural object in the outer space that gives out heat and light.
Sirius and Rigel are examples of bright stars in the sky.
A star produces energy through nuclear reactions.
A constellation is a group of stars that forms a specifi c pattern in the sky.
Bintang Dan BurujMATAHARI ialah bintang yang paling hampir dengan Bumi.
Jarak bintang dari Bumi diukur dalam unit Tahun Cahaya.
Bintang yang paling panas berwarna BIRU manakala bintang yang paling sejuk
berwarna MERAH .
BINTANG ialah objek semula jadi di angkasa lepas yang membebaskan tenaga haba dan
cahaya.
Sirius dan Rigel ialah contoh bintang yang CERAH di langit.
Bintang menghasilkan tenaga melalui Tindakbalas Nuklear.
BURUJ ialah sekumpulan bintang yang membentuk corak tertentu di langit
Pada zaman dahulu, buruj digunakan sebagai KOMPAS dan KALENDAR
Buruj Biduk Arah UTARA / Ursa Major NORTH

Isi kandungan Topik Buruj Sains Tahun 5

       Terdapat banyak binatng lain seperti Matahari di angkasa lepas. Matahari cuma merupakan bintang yang paling dekat dengan bumi kita. Jika kamu perhatikan dengan teliti,terdapat gugsan bintang yang seolah olah  membentuk suatu corak tertentu gugusan bintang itu dipanggil buruj .Sebenarnya, kedudukan bintang-bintang itu secara kebetulan membentuk suatu corak tertentu apabila bintang-bintang itu disambungkan. contohnya buruj yang menyerupai bentuk haiwan ialah scorpio<kala jengking>dan biduk<beruang>. Buruj belantikpulu menyerupai bentuk seorang pahlawan. Buruj pari pula berbentuk palang.
Buruj Pari, Buruj Biduk, Buruj Skorpio dan Biruj Belantik.
        Ada buruj yang sentiasa menunjuk ke suatu arah tertentu. Contohnya Buruj Biduk mempunyai sebiji bintang yang sentiasa menuju ke arah Utara. Bintang di hujung Buruj Pari pula sentiasa menuju ke arah Selatan.
Buruj Biduk arah Utara, Buruj Pari arah Selatan.
Ini dapat membantu manusia menentukan arah dengan bertindak sebagai kompas. Pelaut dan pengembara pada zaman dahulu sentiasa merujuk kepada Buruj sebagai penunjuk arah.

Tuesday, 15 November 2011

Bintang


      Bintang-bintang hanya kelihatan pada malam yang gelap. Pada waktu siang bintang-bintang juga bersinar, tetapi cahaya Matahari yang menyilau menghalang anda dari melihatnya. Setiap malam Bumi di bahagian anda berputar jauh dari Matahari. Ketika itu, bintang-bintang berkerlipan di langit. Apakah titik-titik cahaya cahaya ini?
       Dahulu manusia berpendapat bintang-bintang ialah tanglung yang tergantung di langit. Bintang-bintang adalah gas bebola membara yang sangat besar. Bintang-bintang seperti Matahari, tetapi kelihatan lebih kecil dan kelam terlalu jauh.
       Pada malam yang gelap dan cerah, kira-kira 2000 bintang boleh dilihat dengan mata kasar. Beribu-ribu lagi dapat dilihat jika binokular digunakan. Ada bintang-bintang yang kelihatan seperti membentuk corak . corak atau kumpulan bintang ini dipanggil buruj. Bentuk-bentuk itu mengingatkan kita kepada pelbagai benda. Banyak corak yang diberi nama haiwan , misalnya, 'Taurus' (Lembu Jantan) dan 'Leo' (Singa).  Crux atau Silang Selatan kelihatan di selatan dunia. Bintang Biduk dikenali di langit utara. Ia kelihatan seperti kuali leper. Ia sebahagian daripada buruj Ursa Major.
     

Surah Al Buruj (the towering constellations)

Monday, 14 November 2011

buruj

SAINS TAHUN 5

BURUJ ( CONSTELLATION )

Buruj merupakan sekumpulan bintang-bintang yang berkumpul dan membentuk menyerupai objek-objek di langit. Ahli astronomi  zaman dahulu telah menamakan kumpulan bintang-bintang ini untuk membezakannya.   Buruj-buruj ini digunakan sebagai penunjuk arah kepada para pelayar semasa mereka belayar di laut. Petani juga menggunakan buruj ketika menjalankan aktiviti pertanian contohnya, menanam, menuai dan sebagainya kerana buruj-buruj ini akan muncul pada musim tertentu dan pada bulan-bulan tertentu sahaja.

Tuesday, 8 November 2011

SCORPIO


Scorpio () merupakan zodiak kelapan daripada dua belas tanda-tanda zodiak astrologi dan ianya berasal dari buruj yang mempunyai nama yang sama, iaitu buruj Scorpio.
Individu yang lahir ketika matahari berada di tanda ini dikenali sebagai "individu Scorpio". Scorpio dianggap sebagai zodiak feminin oleh ahli astrologi moden. Menurut ahli astrologi purba, Scorpio dijajah oleh planet Marikh, tetapi pendapat mereka bercanggah dengan pendapat ahli astrologi moden yang mengatakan Scorpio sebenarnya dikawal oleh planet Pluto. Nama sanskrit bagi Scorpio dalam astrologi Hindu ialah VṛścikA



SUMBER DIPETIK DARIPADA WIKIPEDIA